Saturday, August 11, 2012

Sejenak bersama Ummah...


Assalamualaikum...

sebelum tangan menaip lebih jauh,saya memohon maaf kepada yang bakal terasa atau   terluka dengan cebisan tinta saya ini...juga saya merafak pada Allah Subhana Wa Taala kalau kiranya tulisan saya ini akan menarik saya ke neraka dan bukannya sebahagian dakwah yang telah tumpah darah saya di jalannya...

teringat Kalamullah dalam surah Al-Ahzab ayat 23..

di antara orang yang beriman itu ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikan pada Allah (untuk berjuang membina Islam) maka di antara mereka ada yang telah selesai menunaikan janjinya itu (lalu gugur syahid) dan di antara ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu)sedikitpun...

saat membaca ayat ini...hati saya bergetar hebat dengan ayat "ada yang menunggu giliran"...MasyaAllah...kitakah yang sedang menunggu giliran itu?..saat awal2 di perkenalkan dakwah..hati menolak sangat2 sehinggalah ummah ini hancur di depan mata saya sedangkan saya mampu mengubahnya...

saya melihat nilai remaja itu menjadi makin murah dan tak sehebat pemuda Islam yang sebenarnya...Ramai pemuda yang makin hebat dalam pelbagai bidang namun makin tercicir agamanya...pemudi pula makin berani menayangkan segala2nya...

rasa kasihan dan rasa bertanggungjawab terhadap ummah semakin menjerut leher...saya perlu lakukan sesuatu..saya memulakan blog buruk neh dan itu titik mula saya mahu serius dalam bidang dakwah...

saya tak baik mahupun sempurna namun setiap detik juga saya memperingati diri dan diperingati yang saya membawa beban ummah di bahu..meskipun saya cuma seorang gadis dan kudrat,kuasa dan diri saya sendiri terbatas..namun,dalam keterbatasan itu saya berjuang juga...bak kata seorang sahabat,umpama bulu putih yang halus..meskipun sangat ringan namun tetap mengegar tubuh kala bersin..

saya tak berniat mengubah semua orang untuk bertudung labuh atau berjubah dan berserban..memang saya tak berniat...namun saya berniat untuk menegakkan syariat Islam berpandukan Al-Quran dan As-sunnah...menghidupkan ukhuwah...mnerapkan dalam diri semua tanggungjawab terhadap agama...kerana saya percaya bahawa ketakwaan itu akan membawa satu kepatuhan yang sangat2 hebat...saya percaya,orang yang dalam istilah "FREE HAIR" bila dalam diri dia terbinanya solehah..tudung labuh adalah pilihannya sendiri..bila adanya soleh...Al-Quran menjadi teman paling akrab...

maaf kalau salah mengungkap,ini pendapat saya cuma...

saya pernah mengenali seorang sahabat yang dalam tubuhnya membawa janin kerana kesilapan mengukur cinta..masa tuh,saya nangis sangat2..saya kecewa sangat bila ia terjadi pada sahabat saya sendiri..masa tuh,semua orang blame die seorang taw...saya terfikir...die buat salah then die memang patut kena blame namun,kenapa tiada yang mahu ke pokok akar permasalahan???..kita tak mahu remaja kita rosak...digembar gemburkan di sini sana ...namun segala filem yang berjurus cinta dan asmara di tayang pula sewenang2nya???...tak habis PMR namun mengusung perut ke hulu hilir..sudah sampai masanya,bukan hanya orang tua yang perlu bangun memapah ummah ini namun para remaja juga bangun dengan panji Jihad ditangan....
bukan hanya hanyut...

inilah konsep dakwah sebenarnya..kita tak mahu insan sekeliling kita berubah luaran namun membina dari dalam...membina dengan mengajak BERIMAN KEPADA ALLAH...dan melaksanakan Al-Quran dalam hati...percayalah,bila pusat kata ALLAH...seluruh tubuh akan bergerak dan sujud patuh pada AMAR MAQRUF NAHI MUNGKAR...

kadang2 saya berkecil hati dengan sesetengah remaja...bila saya berbicara dengan permasalahan ummah,mereka menunjukkan reaksi gelisah dan kurang senang...namun,bukak je topik CINTA....Allahu Rabbi...semangat berkobar2 nak mendengar...

saya simple je..bawa pada cinta Allah...

cuma jauh di dasar hati saya..kalau smua nak mencari cinta manusia...siapa nak pangku ummah neh...bila jumpa sajak cinta kat FB..berjam2 menghayati dan men tadabbur makna sehingga menitis air mata namun saat dibariskan ayat nasihat atau Surah AL-QURAN...tak bergetar kah hati kalian...???

hebat remaja kita sekarang..keberanian yang makin menonjol namun berani dalam bermaksiat..baru sahaja membincangkan kes BLACK METAL dahulu...Astaghfirullah....hati saya terluka sangat2...remaja yang pada umur yang sama mengetuai angkatan perang meluas lebarkan Islam...hanyut dalam dunia rekaan sendiri..berani mencabar Pencipta..Allah...Ummah neh dah mati hatinya...

saya kecewa sangat2 apatah lagi terkenangkan Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam...cita2 dan dakwah baginda yang pudar zaman ini... teringat kala baginda meluahkan rasa rindu pada saudaranya yakni ummat yang tak pernah bertemu dengannya namun menyimpan rasa rindu yang amat hebat terhadapnya....

banyak lagi yang saya mahu bicarakan namun,bersambung lagi...InsyaALLAH...

akhir kalam..

HIDUP DENGAN MULIA ATAU SYAHID

Allahuaqlam...












Dalam Surah Al-Furqan ayat 20..

Sebahagian dari kamu akan menjadi cubaan untuk kamu,mahukah kamu bersabar....


Allah menyatakan bahawa sebahagian manusia akan menjadi cubaan buat sebahagiannya. 

mungkin kita akan berjumpa dengan seseorang yang betul2 mencabar keimanan kita sehingga membuat marah yang kita hindari pecah berderai dan syaitan bertepuk menghasut kemarahan atau kita akan berjumpa dengan orang yang tak akan pernah berhenti menganiayai kita dengan apa cara sekalipun,kesakitan dan derita kita adalah lembaran bahagia buat insan tersebut....

saat berhadapan dengan semua ini,apa yang akan kita lakukan... terbayang2 kita mengangkat meja dan melempar ke arahnya seperti yang di momok kan dalam filem2 bollywood atau bersabar...

percayalah,setiap hari akan ada orang yang tak pernah berhenti menguji hati tapi bukankah jika lebih baik jika kita bersabar dan membalas dengan paling berhikmah...ketahuilah saudaraku,mereka itu cuma menjadi asbab sedangkan ia merupakan ujian dari ALLAH SUBHANA WA TAALA...

pilihlah sahabatku tatkala membalas kejian dan fitnah itu seperti apa yang mereka lakukan dan senyatanya mendapat kepuasan dan merasa yang kita dah mengajar mereka atau bersabar dan mendapat Redha ALLAH...pilihlah...

innaAllaha ma as-sobirin... ALLAH da buka offer untuk kita pilih dan pilihan kita adalah apa yang kita akan dapat sebagai habuannya...

No comments:

Post a Comment